24 Mac 2008

Insan Terbaik utk Disayangi???

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

22 Mac 2008

Si Dia Merajuk

Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?

Sebab untuk Merajuk...

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab :

  1. Cemburu - Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
  2. Tidak dapat apa yang diinginkan - Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.
  3. Orang lain lebih hebat dari dia - Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.

Cara Nak Pujuk...

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

  1. Terangkan perkara sebenar - Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus-teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
  2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan - Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
  3. Ucapkan kata-kata “manis” - Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.
  4. Nyanyikan lagu buatnya - Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.

Sumber : Tentang Cinta

5 Tips Dalam Berpasangan

  1. Saling Mempercayai - Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda. Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?
  2. Saling Memahami - Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.
  3. Bertolak Ansur - Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.
  4. Kejujuran - Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya. Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?
  5. Kesetiaan - Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta. Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya.

Sumber : Tentang Cinta

25 Februari 2008

Aliff Aziz - Sayang Sayang

Masaku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku

Jauh di dasar hatiku
Inginku ku teriak…
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang

Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu

Jauh di dasar hatiku
Inginku teriak
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang

Tak mungkin, tak mungkin
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkan kamu
Meski jauh di dasar hatiku
Ingin ku teriak
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan

Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang

Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan

Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang,
Cerita berakhir tak senang

Wanita - De'Hearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

12 Disember 2007

Relation & Love Calculator by Kabbalah Siewert

Relation & Love Calculator by Kabbalah Siewert
--> Jom try benda nie... aku dh test... tp xsangka lak ngan result dia.. mmg analisis dia tentang personaliti aku betul kebetulan?? mungkin... hehehe... jom la try n bagi komen anda...

10 Top Secret Lelaki

1. Jika seorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya perlu cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi, itulah sebenarnya yang lelaki cari dalam diri seorang wanita.

2. Lelaki mudah menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengan mereka sama ada dari segi pemikiran, minat dan sebagainya. Ia akan memudahkan komunikasi dan tidak berlaku perselisihan pendapat.

3. Lelaki sebenarnya tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh seseorang wanita. Sebab itulah kadang-kadang mereka bersikap endah tidak endah sahaja.

4. Majoriti lelaki akan resah bila berhadapan dengan situasi mengajak wanita keluar untuk kali pertama. Kononnya malu dan takut wanita itu menolak. Tapi sebenarnya hati berasa tidak tentu arah.

5. Bila lelaki cakap 'ermm....' atau 'tengaklah dulu', itu bermaksud jawapan lelaki tersebut adalah tidak atau kurang setuju. Jadi wanita, kalau sudah dengar jawapan seperti itu, faham-faham ajalah... jangan terlalu mengharap lelaki bersetuju ya.

6. Biasanya lelaki yang kelihatan tertekan atau kurang selesa dengan wanita datang dari sekolah budak-budak lelaki tetapi bukan semuanya. Bahkan kalau sudah biasa bergaul, mereka juga berbakat bergelar playboy.

7. Biar betapa hebat pun seorang lelaki itu mempunyai kawan-kawan wanita yang ramai serta cantik-cantik belaka, dia tetap mempunyai seorang sahaja teman istimewa dan semestinya antara ramai-ramai kawannya itu, hanya ada seorang sahaja yang betul-betul mencuri hatinya.

8. Bila hubungan putus di tengah jalan, lelaki tidak akan menunjukkan kesedihannya di hadapan orang lain. Mereka perlu nampak macho sepanjang masa. Kalau sedih-sedih bimbang akan dikutuk oleh teman-teman.

9. Jika meminati seseorang lelaki, ada kalanya wanita harus memberikan hint. Mana tahu lelaki itupun menaruh minat terhadapnya. Kadang-kadang lelaki ini tidak perasan wanita sukakannya sampailah ada orang memberitahunya.

10. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka akan lebih tewas jika air mata itu mengalir dari seorang wanita yang mereka kasihi. Sebab itulah air mata dikatakan senjata wanita.

Petikan : Remaja
Keluaran : Bil. 511 - 1 Dis 2007

Komen Aku...
Btul ke semua benda nie... bagi aku, ada sebahagian tu mmg btul.. apa pendapat anda???

11 Disember 2007

"Cinta perlu ada keberanian. Tanpa keberanian, impian tidak mungkin menjadi satu kenyataan. Namun, bukan hanya berani meluahkan sahaja, tapi juga perlu berani berhadapan dengan sebarang kemungkinan."

08 Disember 2007

Tanda-tanda Lelaki Merajuk

1. Diam Seribu Bahasa
Si dia berdiam sehaja sepanjang bersama anda. Walaupun anda bercakap dengannya, dia hanya mengiakan atau mengganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pun tidak akan melayan anda seperti sebelumnya. Jika ianya berlaku, memang sahlah yang dia merajuk dengan anda.

2. Buat Tidak Tahu
Si dia akan buat tidak tahu tentang anda. Jika anda meminta pertolongan daripadanya seperti mengemas meja, dia akan lakukan acuh tidak acuh atau peling teruk, buat-buat tidak dengar. Ini adalah tanda protes paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga meletakkan anda seolah-olah tidak wujud di hadapannya.

3. Menolak Untuk Makan Bersama
Orang lelaki yang merajuk biasanya tidak mahu berhadapan atau bertentang mata dengan pasangannya. Jadi, anda akan tahu sekiranya kekasih hati anda menolak untuk makan bersama atas pelbagai alasan.

4. Masam Muka
Ini adalah salah satu tindakan yang paling menggeramkan. Sudahlah tidak bercakap, si dia tarik muka pula. Kononnya, tidak puas hati dengan anda. Jika orang merajuk, memang beginilah sikapnya.

5. Baca Surat Khabar
Antara tabiat orang lelaki ialah gemar membaca surat khabar. tetapi jika satu surat khabar dibaca berulangkali tanpa sebab, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Lebih-lebih lagi jika hari sudah lewat malam pun, dia masih membelek surat khabar tanpa menghiraukan anda.

6. Menonton Televisyen Hingga Larut Malam
Dia akan menonton rancangan TV sehingga larut malam walaupun rancangan tersebut bukan rancangan kegemarannya. Matanya terus ke televisyen tetapi hatinya ke lain. Anda harus peka jika si dia bersikap begini.

7. Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tidak akan memaklumkan anda ke mana dia pergi. Ingin menunjukkan protes kononnya. Anda pula jangan mendesaknya untuk menjawab pertanyaan anda kerana sudah pasti si dia akan buat tidak tahu sahaja.

8. Matikan Telefon Bimbit
Ini juga tabiat lelaki kerana si dia tidak suka diganggu di saat perasaannya sedang marah atau terganggu. Untuk mengelakkan anda mengganggunya, dia akan mematikan telefon bimbit dan memberi alasan kehabisan bateri. Alasannya mudah iaitu tidak mahu mendengar suara anda yang dikhuatiri akan menjadikan dia lebih marah dan juga dia ingin mencari ketenangan.


Petikan : Mingguan Wanita
Keluaran : Bil. 1161 - Februari 2006

29 Mei 2007

20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.

Faktor 1 - Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh 'menjerat' kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh 'mengawal' dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 - Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh 'menangkap' adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 - Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 - Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan 'bergegar' jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 - Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm... hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu 'pokai' dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 - Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Petikan dari Tokeikedai Online Hyper Portal